PTG Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • 0Pelaksanaan eksa.jpg
  • 1penghapusan remisyen.jpg
  • 1rtb.jpg
  • 2selamat.jpg
  • 3Semakan_2015.jpg
  • B_cukai_tanah.jpg
  • daftarxpres.jpg
  • four_star.jpg
  • G4.jpg
  • G5 .jpg
  • kadkredit.jpg
  • ke arah.jpg
  • Maklumat Hebahan.jpg
  • mpgwa.jpg
  • Semakan Cukai Tanah.jpg
  • tahniah.jpg

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2019

E-mail Cetak PDF

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu telah menyertai Pertandingan Perarakan dan Pembarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 Peringkat Negeri Terengganu 2019. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun 2019 kali ke 62 adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih .

 

 

Perarakan dan pembarisan ini bermula di Stadium Sultan Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran Batu Buruk Kuala Terengganu. Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Pasukan Pancaragam Sekolah, Kategori Pasukan Sekolah Menengah Tidak Beruniform, Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform, Kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform, Kategori Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/IPT Beruniform, Kategori Pasukan Beruniform Sekolah, Kategori Sektor Swasta Terpilih dan Kategori Khas.

 

 

Seramai 35 orang peserta yang terlibat dalam pembarisan tersebut yang diketuai oleh oleh Encik Mohd Jamel Aziz bin Mohd Jidin dan dibantu oleh ketua pasukan Sayd Mohd Zamri bin Sulong. PTG telah mendapat NAIB JOHAN dalam kategori Jabatan Kerajaan Tidak beruniform Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2019.

Capaian Agensi Kerajaan

Capaian PTG Negeri