PTG Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • 0Pelaksanaan eksa.jpg
  • 1penghapusan remisyen.jpg
  • 1rtb.jpg
  • 2selamat.jpg
  • 3Semakan_2015.jpg
  • B_cukai_tanah.jpg
  • daftarxpres.jpg
  • four_star.jpg
  • G4.jpg
  • G5 .jpg
  • kadkredit.jpg
  • ke arah.jpg
  • Maklumat Hebahan.jpg
  • mpgwa.jpg
  • Semakan Cukai Tanah.jpg

BENGKEL PELANGGARAN SYARAT NYATA TANAH DAN PEMURNIAN PERMIT SEMENTARA BANGUNAN

E-mail Cetak PDF

 

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG) telah menganjurkan Bengkel Pelanggaran Syarat Nyata Tanah Dan Pemurnian Permit Sementara Bangunan pada 29 dan 30 April 2019 (Isnin dan Selasa) bertempat di Dewan Jamuan Tingkat 18 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

 

Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg Tuan Haji Zainal Abidin bin Hussin Pengarah Tanah dan Galian Terengganu. Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah setiap daerah telah menghadiri bengkel tersebut.

 

Sepanjang 2 hari bengkel berlangsung terdapat 3 sesi taklimat dan 3 sesi bengkel. Taklimat 1 berkenaan Rancangan Tempatan Daerah Zoning oleh wakil PLANMalaysia. Taklimat ke-2 berkenaan Kelulusan Bangunan Permit Sementara di Pihak Berkuasa Tempatan oleh Tuan Haji Wan Marahakim bin Wan Sallah Pegawai Undang-undang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Manakala Taklimat ke-3 berkenaan Tatacara Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Mengikut Kanun Tanah Negara 1965 oleh wakil INSTUN.

 

Hari kedua peserta dikehendaki berbincang didalam kumpulan dengan 3 sesi bengkel diadakan dimana Bengkel 1 Mengenalpasti Premis dan Perusahaan yang Langgar Syarat, Bengkel ke-2 Mencadangkan Tindakan Pemutihan bagi Perniagaan/Perusahaan Langgar Syarat manakala Bengkel 3 berkaitan Senarai Pendek Premis untuk Program Pemutihan dan Cadangan Permurnian Permit Sementara Bangunan.

 

Diharap bengkel ini dapat memberi pendedahan ilmu dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta yang terlibat.

Capaian Agensi Kerajaan

Capaian PTG Negeri