PTG Terengganu

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • 0Pelaksanaan eksa.jpg
  • 1penghapusan remisyen.jpg
  • 1rtb.jpg
  • 2selamat.jpg
  • 3Semakan_2015.jpg
  • B_cukai_tanah.jpg
  • daftarxpres.jpg
  • four_star.jpg
  • G4.jpg
  • G5 .jpg
  • kadkredit.jpg
  • ke arah.jpg
  • Maklumat Hebahan.jpg
  • mpgwa.jpg
  • Semakan Cukai Tanah.jpg
  • tahniah.jpg

HARI KELUARGA 2019

E-mail Cetak PDF


Kelab Sukan dan Kebajikan PTG Terengganu (TIGERS) telah menganjurkan Hari Keluarga pada 27 April 2019 bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan antara warga PTG serta ahli keluarga.

 

Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan makan pagi. Pengisian pagi Ceramah Motivasi bertajuk “Keluarga Mengikut Sunnah” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal Nazmi bin Kamaruddin Timbalan Ketua Eksekutif II dari Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) disusuli oleh ucapan aluan Tuan Haji Zainal Abidin bin Hussin selaku Pengarah PTG Terengganu sekaligus merasmikan program Hari Keluarga tersebut.

 

Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang Hari Keluarga seperti acara sukaneka kanak-kanak, acara sukaneka dengan warga PTG Terengganu serta diselangi dengan cabutan bertuah dan diikuti persembahan ‘Tigers Band’ yang menghiburkan warga PTG. Kemuncak acara adalah penyampaian hadiah sukaneka dan cabutan bertuah Grand Final. Acara berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan ucapan penutupan oleh Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Encik Azizul bin Abdul Hadi merangkap YDP Kelab TIGERS.

 

Tahniah dan syabas kepada semua para pemenang yang mewakili ahli keluarga masing-masing. Semoga semangat kerjasama dan hubungan erat ini akan diteruskan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga PTG yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Capaian Agensi Kerajaan

Capaian PTG Negeri