Fungsi dan Peranan Jabatan

Ditulis pada .

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu memainkan peranan penting dalam pentadbiran tanah di Negeri Terengganu. Fungsi utama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu ialah:
 

  • Sebagai penyelaras permohonan-permohonan mengenai tanah daripada semua Pejabat Tanah bagi mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Bertanggungjawab dalam menggubal arahan-arahan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.
  • Jabatan ini juga menjalankan salah satu fungsi Pejabat Tanah iaitu pendaftaran hakmilik, urusniaga, bukan urusniaga dan urusan tanah.
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu bertindak sebagai penasihat mengenai hal-hal pentadbiran tanah di seluruh Negeri Terengganu.
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu memberi khidmat asas menerima dan memproses permohonan tanah serta mewujud dan menyelenggara rekod pegangan tanah.
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu juga menerima dan memproses permohonan berkaitan pembangunan dan urusan tanah serta mengutip cukai dan hasil tanah serta mengambil tindakan penguatkuasaan.